Terletak lebih kurang 7 km dari pekan Sungai Pelek di Selangor, Kem Pengakap Dato’ Dr. Seri Shafie Mohd Salleh ini menawarkan kawasan perkhemahan yang amat indah dengan segala kemudahan. Antara kemudahan yang disediakan adalah tandas, dewan kecil, chalet untuk sewaan, tapak perkhemahan dan gelanggang bola keranjang yang boleh digunakan sebagai padang kawad.
Kem yang terletak ditepi pantai ini juga merupakan satu kawasan tumpuan bagi pengemar ikan bakar Bagan Lalang yang terkenal. Jadinya jikalau anda berkunjung ke Kem Pengakap Dato’ Dr. Seri Shafie Mohd Salleh ini jangan lupa untuk mejamu selera digerai ikan bakar berhampiran.
Kem ini biasa digunakan oleh Pengakap Laut dan ahli Pengakap dari unit komunikasi untuk mengadakan aktiviti mereka. Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi nombor yang tertera dilaman ini atau hubungi Pusat Latihan Pengakap di Balakong.